Friday, November 09, 2007

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Makan Pil melangsingkan badan.
3. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.(memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sunday, September 23, 2007

PERSAHABATAN

"sayangi sebuah perkenalan kerana.. di situ terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan.. kerana di situ terciptanya kerinduan.. hargai kedua2nya kerana itulah Rahmat Ilahi.."




Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan, seperti kata seorang ustaz, "Tarzan (kalaupun ceritanya benar) juga memerlukan sahabat!" Betullah apa yang dikatakan oleh Rasulullah, siapa sahabat kita begitulah juga corak kehidupan kita. Sahabat rapat Tarzan adalah orang utan, jadi begitulah cara kehidupannya, daripada cara berjalan, tidur hinggalah makan seperti seekor orang utan! Jadi dalam bersahabat, kita mesti pandai membuat pilihan supaya tidak tersalah pilih. Pilihan yang bijak bukan sekadar ketika ingin mendirikan rumah tangga, tetapi juga dalam memilih sahabat.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
~ Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
~ Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
~ Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
~ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
~ Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
~ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
~ Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
~ Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
~ Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
~ Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
~ Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
~ Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu." Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!". Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan.

Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur. Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki? Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka. Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka. Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu? Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita? Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya. Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya! Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat.




"Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. "

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu.." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan - kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah.......Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...purapura ...dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia(UPM)!!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!!


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.



Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti
agama
- maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah
dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan
, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam
bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)

Allahu ta`ala `alam.
6 Februari 2006

Saturday, September 22, 2007

‘‘Pembunuh ini bersifat binatang, tidak berperikemanusiaan,’’




Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.

Semoga arwah adik Nurin dicucuri rahmat.....Amin

Ku tatap gambar wajahmu
sinar mata itu lirik senyumanmu
pesona yang membelai
wajahmu bercahaya
memberi bahagia
tiap yang memandang
hati jadi sayu
kau terlalu istimewa
kasih dan sayang mu terpancar seikhlas
tiada batas terus membara
terkilan rasa jiwa
ingin ku lihat mu dewasa
ada daya Tuhan lebih menyayangimu....
Ku pasti kau berbahagia
duduk di samping Nya
mendengar cerita segala rahsia..
Tak tertanggung rindu
mendengar suaramu
tawa mengusik jiwa...





Friday, September 21, 2007

Meraba dalam cahaya
berbisik dalam gelita
resah bukan lagi rahsia
hanya menunggu masanye tiba
bila saatnya?
dimane tempatnye?

Tuhan …cahayamu ku pohon
rahmatmu ku harap
dosa ku bertimbun
salah ku berduyun
ampunilah dosa2 ku
menjelmalah hidayah mu …

Sendiri
aku sendiri lagi
hati pedih
tak peduli
lebih baik begini
peduli apa yang terjadi

Biarkan
dimanapun aku berada
jauhkan dirimu
kututup rindu
hati dan rindu untuk cinta
karena antara engkau dan aku
terlarang ada cinta …
pergimu dengan wajah penuh duka
bisikkan mu tetap membara

Sendiri
ditemani hati dan rindu
menganyam pilu perasaan hambar
merana asmara cinta kasih
dulu indah bercahaya kilauan
kini kusam tanpa katalara …
sepi …

Sunday, September 09, 2007

Wednesday, August 29, 2007



Cuba TeKa ManA SaTU KaWaN


Tomey-tomeynya diaorg semua huhuhhhuhu

Friday, July 27, 2007

Hati terLuKa

Waktu kita bersama indahnya ku alami
Waktu kita berdua janji janji bersemi
Apa pun rintangan dapat kita harungi
Apa pun persoalan dapat kita jalani
Namun semuanyaBerubah dalam sekelip mata
Hati terluka bila ku sedar
Kau khianati cinta
Jiwa meronta bila ternyata
Kau menduakan cinta
Sungguh ku tak menyangka
Begini di akhirnya
Kau tinggalkan ku hati terluka
Menggamit kan kembali waktu kau melafaz cinta
Sambil ku sarung cincin sebagai tanda setia
Menggamit kan kembali waktu kau kesedihan
Ku kesat airmata yang jatuh berlinangan
Namun semuanya
Berubah dalam sekelip mata
Hati terluka bila ku sedar
Kau khianati cinta
Jiwa meronta bila ternyata
Kau menduakan cinta
Sungguh ku tak menyangka
Begini di akhirnya
Kau tinggalkan ku hati terluka
Ku terima semuanya dengan tabah
Mengharapkan ada hikmah…
Namun semuanya
Berubah dalam sekelip mata
Hati terluka bila ku sedar
Kau khianati cinta
Jiwa meronta bila ternyata
Kau menduakan cinta
Sungguh ku tak menyangka
Begini di akhirnya
Kau tinggalkan ku hati terluka

Saturday, May 05, 2007

- Rindu Ibu -

"Menjejak album kasih
terkelip kenang jernih
terimbas mata bening
cerdik tidak tersaing.
Rengek seorang bayi
di tengah dini sepi
senyumnya dalam mimpi
sungguh menyentuh hati.
Rindu seorang
ibu
akan bayi lenanya
menyebabkan diriku
turut terharu sama."

A. Samad Said


Nama :
Datuk Abdul Samad Muhammad Said.
Nama Pena :
A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana.
Tarikh/Tempat Lahir :
Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.
Pendidikan :
Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956).
Kerjaya :
Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian.
Anugerah :
Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999).
Karya :
Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan


Pelangi

Embun pagi yang hinggap di pipi tidak dapat melemahkan semangat seorang perempuan untuk bangun dari tempat tidur untuk memulakan perjalanan hidup. Mak Nab seorang yang amat tabah dalam mengharungi onak-onak hidup yang penuh mencabar. Sabar demi anak-anak yang tercinta terutamanya yang sedang dikandungnya sekarang. Sudah dekat 9 bulan rupanya. Sedar tak sedar tidak lama lagi anak ke-lima Mak Nab akan dilahirkan.

....bersambung

Wednesday, April 18, 2007

Kekuatan....

Bila ada sesuatu yang terjadi pada diri kita, mesti kita akan fikirkan dan terus berfikir dan sedar akan salah kita sebelum ini...bila sesuatu terjadi barulah kita akan sedar, begitulah lumrah manusia...sekadar berkongsi cerita dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri sendiri yang selalu terlupa.....orang kata bila orang yang kita sayang ada dekat kita, sebelah kita...kita jarang atau mungkin lupa nak menghargai apa pengorbanan mereka...tapi bila mereka hilang, baru kita akan sedar..tapi waktu tu, tidak kah semua tu dah terlambat...tapi mungkin juga kita masih berpeluang nak kecepi dan sempat utk betulkan keadaan kerana Dia masih beri peluang utk kita betulkan keadaan...tapi masih juga kita leka dan lalai...itulah lumrah manusia....
kawan sendiri, pernah satu tika merasa perkara ini semua. melihat orang yang tersayang terlantar atas katil melawan ajal untuk meneruskan hidup demi anak2 yang masih belum pandai hidup berdikari spt kawan...mmg kalau hendak difikirkan masa tu mmg tak boleh nak terima kenyataan tapi dengan kekuatan dan sokongan teman sekeliling, kawan berjaya teruskan peperiksaan SPM dan kini kawan berjaya teruskan pelajaran hingga peringkat ini dengan kekuatan yang diberikan....tapi jika kekuatan yang ada pada kawan sekarang hilang, APA akan jadi pada kawan....
sekarang kawan betul2 bersyukur kepada-Nya kerna bagi peluang kawan terus bersama dengan orang yang tersayang hingga hari ini. kawan teruskan pelajaran pun sbb nak buktikan pada dia yang anak dia juga mampu untuk berjaya.....walaupun Ayah tidak sempurna seperti dulu, tapi dia masih tetap dapat senangkan anak2 dia dengan nasihat dan dorongan serta kekuatan yang diberikan. Dengan adanya Emak disisnya, ayah pasti dapat teruskan hidup dan melawan segala penyakit dan dugaan yang menimpa diri dia dan keluarga kawan selama ini. Sesungguhnya, untuk ayah kekuatan dan semangat serta kecekalan emak dan semangat seorang PEREMPUAN. akhirnya, ayah ada kekuatan untuk kembali bangun.....namun, mampu kah kawan jadi seperti emak, PEREMPUAN yang tabah...InsyaAllah...hanya untuk renungan supaya kawan tak leka sbb kawan masih ada tanggungjawab untuk keluarga...biarlah adik dulu yg jumpa jodoh dia...InsyaAllah

Saturday, March 31, 2007




anugerah Tuhan....semua yang dicipta Nya ada keistimewaan sendiri..cantik kan.....


ni la kawan2 setmpt keje yg sama2 gi pangkor.....ramai menarik tertarik..pilih yg mana berkenan dihati huhuuuh mmg best...macam2 pengalaman baru, sedih gelak tawa senda gurau semua bargaur sama rata...sedih tu kawan sorang ja kot huhuhu




Thursday, March 22, 2007

HIDUP BERSAMA

"Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi."

"Kita wajar mendaki lagi kerana puncakyang jauh.
Dalam gelora dan tofantak tercalar
tekad kita kerana kemerdekaanmengasuh
kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh,
tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."

A Samad Said

Di sisi menara

Di sini
pernah berpacu ribuan kuda
pernah gempita sorak riang dan kecewa
di tengah ragam manusia
Disini pernah
berdesir angin rimba
merengek bisik haiwan bebas
Rahsia sejarah terpendam
dan pertemuan yang menakjubkan

Sisik perak mengerlap girang
petak kaca mengintan serlah
daun segar, buah ranum, pohon MERDEKA
begitu kini kisahnya
dan luar kanak-kanak
lincah kaki mendengar
decak air berbaur hilai
menyaksi salam akrab yang lama
mengesan bumi berbisik
dan menghayati kudus doa yang restu.

Dalam alam yang pernah rimba
kini suara kota
yang berani mengucapkan hasrat dan hajat bangsa
menyatakan kemerdekaan
dan jati dirinya.

Kita melihat sisik dan tingkap
kerlip dan mercu
kita separuh kagum
separuh terharu

Menara sisik kembar perak
yang mengerlip jernih
menjulang ke dada angkasa
membisikkan cekal dan azam bangsa
bangun dari tidur sejarah
cermat dan cerdas
didakap sihat sinar mentari
cergas dan waras.

Ia visi pemimpin yang ingin bercakap kepada dunia
bahawa dari peta biasa
bangsa kecil juga bermaruah
dan ia sentiasa serasa dengan hujan dan angin
dan sentiasa serasi dengan sinar mentari
mencari telinga yang setia
membisikkan hasrat bangsa
yang pernah terjajah
yang kini merdeka
dan ingin terus bahagia.....

~ tetiba ja teringat sajak ni....memerah otak ingat kembali. Jangan tak percaya, sajak ni dah dua kali dideklamasi masa pertandingan sayembara puisi peringkat negeri P.Pinang (dapat no. 6 peringkat akhir) dan Pahang(no. 5 peringkat akhir) dan pertandingan deklamasi sajak anjuran menteri pendidikan negeri pahang(no 2) dan bila dijemput semasa sambutan hari kebangsaan di KUKTEM. Siapa yang deklamasikan ....huhuhu? Cam tak caya ja...tapi yang paling best, masa kat png, ayah sanggup tinggalkan semua kerja teman dari awal pagi waktu peringkat saringan hingga malam untuk peringkat akhir. terharunya, nasib la dpt hadiah....kadang2 sokongan keluarga tu penting dalam kita nak buat apa2kan?fikirkan.....hari2 duk fikir ni....skrang pun rasa cam nak down dah, tp sll famili call semangat la balik

Perjuangan

Kita sering bercakap nak berjuang untuk negara
berjuang untuk masyarakat
berjuang dan berjuang

tapi sejauh mana kita berjuang
yang paling penting kita kena berjuang untuk diri sendiri
dan keluarga

kawan hanya mampu berjuang untuk diri sendiri dan keluarga
berjuang dlm belajar
berjuang untuk penuhi hasrat keluarga
bila ada hasilnya pasti rasa gembira

Monday, March 05, 2007

Dave A. Thomas

Dave A. Thomas merupakan salah seorang ahli sains dalam pembinaan perisian moden. Dave Thomas mempunyai pengalaman dalam industri perisian selama 30 tahun sebagai jurutera, profesor, perunding, arkitek, eksekutif, dan pelabur.

Sejak 18 tahun yang lepas, beliau mempunyai spesifikasi dalam rekabentuk dan perlaksanaan alat dan aplikasi mengunakan teknologi perisian yang maju. Kebanyakkan projek dan produk yang dihasilkan mengandungi pembangunan yang berjaya dan perlaksanaan alat aplikasi pembangunan dan system untuk system client-server untuk urusan bank, insuran, embedded systems, pengeluaran, system rangkaian, pengeluaran elektronik, integrated circuit testing, defense dan instrumentation.

Dave mempunyai jawatan dalam akademik dalam Engineering and Schools of Business and Computer Science. Dave juga memegang jawatan sebagai penyelidik professional di Carleton University dimana sebelum ini beliau merupakan pengarah bagi Object-Oriented Research Group. Dave secara meluasnya menyiarkan rujukan dalam kejuruteraan perisian. Beliar berkhidmat dengan OOPSLA dna ECOOP program kumpulan perunding sejak 12 tahun lepas.

Dave telah menubuhkan, bekas CEO dan pengurus bagi Object Technology Internation Inc. OTI merupakan sebuah syarikat perisian teknologi dan virtual company model.

Dave banyak terlibat dalam perbincangan and ucapan. Satu ucapan yang disampaikan oleh beliau ialah Agile In The Large - Large Scale Product and Application Development, Software Practice Advancement 2007, Cambridge UK, March 24 -28.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai diri beliau atau penyelidikan yang dijalankan oleh beliau boleh emailkan kepada info@devethomas.net.

Sunday, March 04, 2007

PERGI

Biarkan ia pergi
andai datangnya mengundang derita
biarkan ia pergi
andai datangnya mengundang keresahan
biarkan ia pergi
jika itu yg terbaik
buat tika ini
suatu yg baru akan datang
andai ia pergi

Saturday, February 24, 2007


wajah-wajah yg sama2 berjuang di KUKTEM
"SAY NO TO HE"

Kadang-Kadang

Adakalanya...kita buat org benci kita
Adakalanya...kita buat org elakkan diri dr kita
jika itu yg terbaik...supaya makin jauh semuanya
mulai saat ni...adakalanya kita akan elakkan diri terus dari dia

Friday, February 23, 2007



Sedapnya kek....nak pergi tak tahu, takda kawan dapat tgk kek pun jadilah, tapi kalau ada org ajak mesti gi nyer

tua mengajar kita erti kehidupan dan kematangan...

Wednesday, February 21, 2007

Cinta dan Cita

Cinta perkataan indah dan manis yang menyembunyikan keperitan dan kepahitan.
Tanpa angan-angan tiada cita2,tetapi tanpa usaha cita-cita takkan jadi nyata.
Tunjangkan kesahmu ke dada SOLAT,Himpunkan keperitanmu di genggaman DOA,Tutupi kekecewaanmu dengan TAKWA,Nilaikan kesucian hati melalui CERMIN KEIKHLASAN
~mmg pedih bercinta jika tidak ada keikhlasan dan kesefahaman. jika hanya sebelah pihak saja maka cinta itu tidak bermakna tapi jika ia difaham dan dihayati oleh mereka yang terlibat maka cinta itu sesuatu yang menarik....cinta kepada manusia banyaknya mengundang keperitan dan kepahitan maka CINTALAH KEPADA YANG SATU, ia kekal selamanya... tetapi tidak salah kita menanam cita-cita untuk bercinta tapi tidak bolehlah hanya berangan-angan tanpa berusaha. namun usaha saja tidak cukup jika tidak diiringi dengan DOA. InsyaAllah Cinta dan CIta akan sama-sama hadir bila kita betul-betul bersedia utk hadapinya.

Pengangguran

Kadar pengangguran di Kelantan yang mencapai 3.3 peratus berpunca daripada kegagalan dasar Kerajaan Pas membawa pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan khususnya untuk generasi muda.

Bagi membantu menangani masalah itu, Jabatan Tenaga Kerja Kelantan akan mengadakan karnival ?Sure Kerja? siri kedua di sini pada 1 Disember itu membabitkan pelbagai majikan yang diharap menawarkan pekerjaan kepada belia menganggur.

Setakat ini kementeriannya mengadakan karnival `Sure Kerja' di sembilan tempat di seluruh negara dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada lebih 20,000 belia menganggur

Monday, February 19, 2007

Inspiration

"Nothing in the world can take the place of persistence.
Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men
with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a
proverb. Education will not; the world is full of educated
derelicts."
--Calvin Coolidge


"Do a little more each day than you think you possibly can."
--Lowell Thomas


"There is always room at the top."
--Daniel Webster


"Winners never quit and quitters never win."
--Vince Lombardi


"Success ... seems to be connected with action. Successful men
keep moving. They make mistakes, but they don't quit."
--Conrad Hilton

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

Senyum Seindah Suria



Andai aku juga mampu tersenyum spt budak kecik ni kan bagus..tak perlua fikir ttg masalah

alangkah bagusnya kalau masa boleh diputar ke 10 thn lepas....alangkah bestnya...

Bermula Dari Kejatuhan

Hari ini bermula semula dari kejatuhan yang lepas
Hari ini bermula semula dari kesedihan yang lalu
Hari ini bermula semula segala kegemiraan
Hari ini aku harus bangun dari tidur yang lena