Saturday, March 31, 2007




anugerah Tuhan....semua yang dicipta Nya ada keistimewaan sendiri..cantik kan.....


ni la kawan2 setmpt keje yg sama2 gi pangkor.....ramai menarik tertarik..pilih yg mana berkenan dihati huhuuuh mmg best...macam2 pengalaman baru, sedih gelak tawa senda gurau semua bargaur sama rata...sedih tu kawan sorang ja kot huhuhu




Thursday, March 22, 2007

HIDUP BERSAMA

"Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi."

"Kita wajar mendaki lagi kerana puncakyang jauh.
Dalam gelora dan tofantak tercalar
tekad kita kerana kemerdekaanmengasuh
kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh,
tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."

A Samad Said

Di sisi menara

Di sini
pernah berpacu ribuan kuda
pernah gempita sorak riang dan kecewa
di tengah ragam manusia
Disini pernah
berdesir angin rimba
merengek bisik haiwan bebas
Rahsia sejarah terpendam
dan pertemuan yang menakjubkan

Sisik perak mengerlap girang
petak kaca mengintan serlah
daun segar, buah ranum, pohon MERDEKA
begitu kini kisahnya
dan luar kanak-kanak
lincah kaki mendengar
decak air berbaur hilai
menyaksi salam akrab yang lama
mengesan bumi berbisik
dan menghayati kudus doa yang restu.

Dalam alam yang pernah rimba
kini suara kota
yang berani mengucapkan hasrat dan hajat bangsa
menyatakan kemerdekaan
dan jati dirinya.

Kita melihat sisik dan tingkap
kerlip dan mercu
kita separuh kagum
separuh terharu

Menara sisik kembar perak
yang mengerlip jernih
menjulang ke dada angkasa
membisikkan cekal dan azam bangsa
bangun dari tidur sejarah
cermat dan cerdas
didakap sihat sinar mentari
cergas dan waras.

Ia visi pemimpin yang ingin bercakap kepada dunia
bahawa dari peta biasa
bangsa kecil juga bermaruah
dan ia sentiasa serasa dengan hujan dan angin
dan sentiasa serasi dengan sinar mentari
mencari telinga yang setia
membisikkan hasrat bangsa
yang pernah terjajah
yang kini merdeka
dan ingin terus bahagia.....

~ tetiba ja teringat sajak ni....memerah otak ingat kembali. Jangan tak percaya, sajak ni dah dua kali dideklamasi masa pertandingan sayembara puisi peringkat negeri P.Pinang (dapat no. 6 peringkat akhir) dan Pahang(no. 5 peringkat akhir) dan pertandingan deklamasi sajak anjuran menteri pendidikan negeri pahang(no 2) dan bila dijemput semasa sambutan hari kebangsaan di KUKTEM. Siapa yang deklamasikan ....huhuhu? Cam tak caya ja...tapi yang paling best, masa kat png, ayah sanggup tinggalkan semua kerja teman dari awal pagi waktu peringkat saringan hingga malam untuk peringkat akhir. terharunya, nasib la dpt hadiah....kadang2 sokongan keluarga tu penting dalam kita nak buat apa2kan?fikirkan.....hari2 duk fikir ni....skrang pun rasa cam nak down dah, tp sll famili call semangat la balik

Perjuangan

Kita sering bercakap nak berjuang untuk negara
berjuang untuk masyarakat
berjuang dan berjuang

tapi sejauh mana kita berjuang
yang paling penting kita kena berjuang untuk diri sendiri
dan keluarga

kawan hanya mampu berjuang untuk diri sendiri dan keluarga
berjuang dlm belajar
berjuang untuk penuhi hasrat keluarga
bila ada hasilnya pasti rasa gembira

Monday, March 05, 2007

Dave A. Thomas

Dave A. Thomas merupakan salah seorang ahli sains dalam pembinaan perisian moden. Dave Thomas mempunyai pengalaman dalam industri perisian selama 30 tahun sebagai jurutera, profesor, perunding, arkitek, eksekutif, dan pelabur.

Sejak 18 tahun yang lepas, beliau mempunyai spesifikasi dalam rekabentuk dan perlaksanaan alat dan aplikasi mengunakan teknologi perisian yang maju. Kebanyakkan projek dan produk yang dihasilkan mengandungi pembangunan yang berjaya dan perlaksanaan alat aplikasi pembangunan dan system untuk system client-server untuk urusan bank, insuran, embedded systems, pengeluaran, system rangkaian, pengeluaran elektronik, integrated circuit testing, defense dan instrumentation.

Dave mempunyai jawatan dalam akademik dalam Engineering and Schools of Business and Computer Science. Dave juga memegang jawatan sebagai penyelidik professional di Carleton University dimana sebelum ini beliau merupakan pengarah bagi Object-Oriented Research Group. Dave secara meluasnya menyiarkan rujukan dalam kejuruteraan perisian. Beliar berkhidmat dengan OOPSLA dna ECOOP program kumpulan perunding sejak 12 tahun lepas.

Dave telah menubuhkan, bekas CEO dan pengurus bagi Object Technology Internation Inc. OTI merupakan sebuah syarikat perisian teknologi dan virtual company model.

Dave banyak terlibat dalam perbincangan and ucapan. Satu ucapan yang disampaikan oleh beliau ialah Agile In The Large - Large Scale Product and Application Development, Software Practice Advancement 2007, Cambridge UK, March 24 -28.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai diri beliau atau penyelidikan yang dijalankan oleh beliau boleh emailkan kepada info@devethomas.net.

Sunday, March 04, 2007

PERGI

Biarkan ia pergi
andai datangnya mengundang derita
biarkan ia pergi
andai datangnya mengundang keresahan
biarkan ia pergi
jika itu yg terbaik
buat tika ini
suatu yg baru akan datang
andai ia pergi