Thursday, March 22, 2007

HIDUP BERSAMA

"Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi."

"Kita wajar mendaki lagi kerana puncakyang jauh.
Dalam gelora dan tofantak tercalar
tekad kita kerana kemerdekaanmengasuh
kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh,
tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."

A Samad Said

No comments: