Thursday, March 22, 2007

Di sisi menara

Di sini
pernah berpacu ribuan kuda
pernah gempita sorak riang dan kecewa
di tengah ragam manusia
Disini pernah
berdesir angin rimba
merengek bisik haiwan bebas
Rahsia sejarah terpendam
dan pertemuan yang menakjubkan

Sisik perak mengerlap girang
petak kaca mengintan serlah
daun segar, buah ranum, pohon MERDEKA
begitu kini kisahnya
dan luar kanak-kanak
lincah kaki mendengar
decak air berbaur hilai
menyaksi salam akrab yang lama
mengesan bumi berbisik
dan menghayati kudus doa yang restu.

Dalam alam yang pernah rimba
kini suara kota
yang berani mengucapkan hasrat dan hajat bangsa
menyatakan kemerdekaan
dan jati dirinya.

Kita melihat sisik dan tingkap
kerlip dan mercu
kita separuh kagum
separuh terharu

Menara sisik kembar perak
yang mengerlip jernih
menjulang ke dada angkasa
membisikkan cekal dan azam bangsa
bangun dari tidur sejarah
cermat dan cerdas
didakap sihat sinar mentari
cergas dan waras.

Ia visi pemimpin yang ingin bercakap kepada dunia
bahawa dari peta biasa
bangsa kecil juga bermaruah
dan ia sentiasa serasa dengan hujan dan angin
dan sentiasa serasi dengan sinar mentari
mencari telinga yang setia
membisikkan hasrat bangsa
yang pernah terjajah
yang kini merdeka
dan ingin terus bahagia.....

~ tetiba ja teringat sajak ni....memerah otak ingat kembali. Jangan tak percaya, sajak ni dah dua kali dideklamasi masa pertandingan sayembara puisi peringkat negeri P.Pinang (dapat no. 6 peringkat akhir) dan Pahang(no. 5 peringkat akhir) dan pertandingan deklamasi sajak anjuran menteri pendidikan negeri pahang(no 2) dan bila dijemput semasa sambutan hari kebangsaan di KUKTEM. Siapa yang deklamasikan ....huhuhu? Cam tak caya ja...tapi yang paling best, masa kat png, ayah sanggup tinggalkan semua kerja teman dari awal pagi waktu peringkat saringan hingga malam untuk peringkat akhir. terharunya, nasib la dpt hadiah....kadang2 sokongan keluarga tu penting dalam kita nak buat apa2kan?fikirkan.....hari2 duk fikir ni....skrang pun rasa cam nak down dah, tp sll famili call semangat la balik

No comments: