Wednesday, April 18, 2007

Kekuatan....

Bila ada sesuatu yang terjadi pada diri kita, mesti kita akan fikirkan dan terus berfikir dan sedar akan salah kita sebelum ini...bila sesuatu terjadi barulah kita akan sedar, begitulah lumrah manusia...sekadar berkongsi cerita dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri sendiri yang selalu terlupa.....orang kata bila orang yang kita sayang ada dekat kita, sebelah kita...kita jarang atau mungkin lupa nak menghargai apa pengorbanan mereka...tapi bila mereka hilang, baru kita akan sedar..tapi waktu tu, tidak kah semua tu dah terlambat...tapi mungkin juga kita masih berpeluang nak kecepi dan sempat utk betulkan keadaan kerana Dia masih beri peluang utk kita betulkan keadaan...tapi masih juga kita leka dan lalai...itulah lumrah manusia....
kawan sendiri, pernah satu tika merasa perkara ini semua. melihat orang yang tersayang terlantar atas katil melawan ajal untuk meneruskan hidup demi anak2 yang masih belum pandai hidup berdikari spt kawan...mmg kalau hendak difikirkan masa tu mmg tak boleh nak terima kenyataan tapi dengan kekuatan dan sokongan teman sekeliling, kawan berjaya teruskan peperiksaan SPM dan kini kawan berjaya teruskan pelajaran hingga peringkat ini dengan kekuatan yang diberikan....tapi jika kekuatan yang ada pada kawan sekarang hilang, APA akan jadi pada kawan....
sekarang kawan betul2 bersyukur kepada-Nya kerna bagi peluang kawan terus bersama dengan orang yang tersayang hingga hari ini. kawan teruskan pelajaran pun sbb nak buktikan pada dia yang anak dia juga mampu untuk berjaya.....walaupun Ayah tidak sempurna seperti dulu, tapi dia masih tetap dapat senangkan anak2 dia dengan nasihat dan dorongan serta kekuatan yang diberikan. Dengan adanya Emak disisnya, ayah pasti dapat teruskan hidup dan melawan segala penyakit dan dugaan yang menimpa diri dia dan keluarga kawan selama ini. Sesungguhnya, untuk ayah kekuatan dan semangat serta kecekalan emak dan semangat seorang PEREMPUAN. akhirnya, ayah ada kekuatan untuk kembali bangun.....namun, mampu kah kawan jadi seperti emak, PEREMPUAN yang tabah...InsyaAllah...hanya untuk renungan supaya kawan tak leka sbb kawan masih ada tanggungjawab untuk keluarga...biarlah adik dulu yg jumpa jodoh dia...InsyaAllah

2 comments:

Bard Faizal @ Yahya Awang said...

huhuhu!! macam ada kene mengena dgn aku jer....uhuksss!!!

pu3mawar said...

apa yg kene mengena dgn awk...siapa eks nie?