Saturday, May 05, 2007

- Rindu Ibu -

"Menjejak album kasih
terkelip kenang jernih
terimbas mata bening
cerdik tidak tersaing.
Rengek seorang bayi
di tengah dini sepi
senyumnya dalam mimpi
sungguh menyentuh hati.
Rindu seorang
ibu
akan bayi lenanya
menyebabkan diriku
turut terharu sama."

A. Samad Said


Nama :
Datuk Abdul Samad Muhammad Said.
Nama Pena :
A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana.
Tarikh/Tempat Lahir :
Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.
Pendidikan :
Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956).
Kerjaya :
Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian.
Anugerah :
Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999).
Karya :
Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan


Pelangi

Embun pagi yang hinggap di pipi tidak dapat melemahkan semangat seorang perempuan untuk bangun dari tempat tidur untuk memulakan perjalanan hidup. Mak Nab seorang yang amat tabah dalam mengharungi onak-onak hidup yang penuh mencabar. Sabar demi anak-anak yang tercinta terutamanya yang sedang dikandungnya sekarang. Sudah dekat 9 bulan rupanya. Sedar tak sedar tidak lama lagi anak ke-lima Mak Nab akan dilahirkan.

....bersambung

Wednesday, April 18, 2007

Kekuatan....

Bila ada sesuatu yang terjadi pada diri kita, mesti kita akan fikirkan dan terus berfikir dan sedar akan salah kita sebelum ini...bila sesuatu terjadi barulah kita akan sedar, begitulah lumrah manusia...sekadar berkongsi cerita dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri sendiri yang selalu terlupa.....orang kata bila orang yang kita sayang ada dekat kita, sebelah kita...kita jarang atau mungkin lupa nak menghargai apa pengorbanan mereka...tapi bila mereka hilang, baru kita akan sedar..tapi waktu tu, tidak kah semua tu dah terlambat...tapi mungkin juga kita masih berpeluang nak kecepi dan sempat utk betulkan keadaan kerana Dia masih beri peluang utk kita betulkan keadaan...tapi masih juga kita leka dan lalai...itulah lumrah manusia....
kawan sendiri, pernah satu tika merasa perkara ini semua. melihat orang yang tersayang terlantar atas katil melawan ajal untuk meneruskan hidup demi anak2 yang masih belum pandai hidup berdikari spt kawan...mmg kalau hendak difikirkan masa tu mmg tak boleh nak terima kenyataan tapi dengan kekuatan dan sokongan teman sekeliling, kawan berjaya teruskan peperiksaan SPM dan kini kawan berjaya teruskan pelajaran hingga peringkat ini dengan kekuatan yang diberikan....tapi jika kekuatan yang ada pada kawan sekarang hilang, APA akan jadi pada kawan....
sekarang kawan betul2 bersyukur kepada-Nya kerna bagi peluang kawan terus bersama dengan orang yang tersayang hingga hari ini. kawan teruskan pelajaran pun sbb nak buktikan pada dia yang anak dia juga mampu untuk berjaya.....walaupun Ayah tidak sempurna seperti dulu, tapi dia masih tetap dapat senangkan anak2 dia dengan nasihat dan dorongan serta kekuatan yang diberikan. Dengan adanya Emak disisnya, ayah pasti dapat teruskan hidup dan melawan segala penyakit dan dugaan yang menimpa diri dia dan keluarga kawan selama ini. Sesungguhnya, untuk ayah kekuatan dan semangat serta kecekalan emak dan semangat seorang PEREMPUAN. akhirnya, ayah ada kekuatan untuk kembali bangun.....namun, mampu kah kawan jadi seperti emak, PEREMPUAN yang tabah...InsyaAllah...hanya untuk renungan supaya kawan tak leka sbb kawan masih ada tanggungjawab untuk keluarga...biarlah adik dulu yg jumpa jodoh dia...InsyaAllah

Saturday, March 31, 2007




anugerah Tuhan....semua yang dicipta Nya ada keistimewaan sendiri..cantik kan.....


ni la kawan2 setmpt keje yg sama2 gi pangkor.....ramai menarik tertarik..pilih yg mana berkenan dihati huhuuuh mmg best...macam2 pengalaman baru, sedih gelak tawa senda gurau semua bargaur sama rata...sedih tu kawan sorang ja kot huhuhu




Thursday, March 22, 2007

HIDUP BERSAMA

"Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi."

"Kita wajar mendaki lagi kerana puncakyang jauh.
Dalam gelora dan tofantak tercalar
tekad kita kerana kemerdekaanmengasuh
kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh,
tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."

A Samad Said

Di sisi menara

Di sini
pernah berpacu ribuan kuda
pernah gempita sorak riang dan kecewa
di tengah ragam manusia
Disini pernah
berdesir angin rimba
merengek bisik haiwan bebas
Rahsia sejarah terpendam
dan pertemuan yang menakjubkan

Sisik perak mengerlap girang
petak kaca mengintan serlah
daun segar, buah ranum, pohon MERDEKA
begitu kini kisahnya
dan luar kanak-kanak
lincah kaki mendengar
decak air berbaur hilai
menyaksi salam akrab yang lama
mengesan bumi berbisik
dan menghayati kudus doa yang restu.

Dalam alam yang pernah rimba
kini suara kota
yang berani mengucapkan hasrat dan hajat bangsa
menyatakan kemerdekaan
dan jati dirinya.

Kita melihat sisik dan tingkap
kerlip dan mercu
kita separuh kagum
separuh terharu

Menara sisik kembar perak
yang mengerlip jernih
menjulang ke dada angkasa
membisikkan cekal dan azam bangsa
bangun dari tidur sejarah
cermat dan cerdas
didakap sihat sinar mentari
cergas dan waras.

Ia visi pemimpin yang ingin bercakap kepada dunia
bahawa dari peta biasa
bangsa kecil juga bermaruah
dan ia sentiasa serasa dengan hujan dan angin
dan sentiasa serasi dengan sinar mentari
mencari telinga yang setia
membisikkan hasrat bangsa
yang pernah terjajah
yang kini merdeka
dan ingin terus bahagia.....

~ tetiba ja teringat sajak ni....memerah otak ingat kembali. Jangan tak percaya, sajak ni dah dua kali dideklamasi masa pertandingan sayembara puisi peringkat negeri P.Pinang (dapat no. 6 peringkat akhir) dan Pahang(no. 5 peringkat akhir) dan pertandingan deklamasi sajak anjuran menteri pendidikan negeri pahang(no 2) dan bila dijemput semasa sambutan hari kebangsaan di KUKTEM. Siapa yang deklamasikan ....huhuhu? Cam tak caya ja...tapi yang paling best, masa kat png, ayah sanggup tinggalkan semua kerja teman dari awal pagi waktu peringkat saringan hingga malam untuk peringkat akhir. terharunya, nasib la dpt hadiah....kadang2 sokongan keluarga tu penting dalam kita nak buat apa2kan?fikirkan.....hari2 duk fikir ni....skrang pun rasa cam nak down dah, tp sll famili call semangat la balik

Perjuangan

Kita sering bercakap nak berjuang untuk negara
berjuang untuk masyarakat
berjuang dan berjuang

tapi sejauh mana kita berjuang
yang paling penting kita kena berjuang untuk diri sendiri
dan keluarga

kawan hanya mampu berjuang untuk diri sendiri dan keluarga
berjuang dlm belajar
berjuang untuk penuhi hasrat keluarga
bila ada hasilnya pasti rasa gembira

Monday, March 05, 2007

Dave A. Thomas

Dave A. Thomas merupakan salah seorang ahli sains dalam pembinaan perisian moden. Dave Thomas mempunyai pengalaman dalam industri perisian selama 30 tahun sebagai jurutera, profesor, perunding, arkitek, eksekutif, dan pelabur.

Sejak 18 tahun yang lepas, beliau mempunyai spesifikasi dalam rekabentuk dan perlaksanaan alat dan aplikasi mengunakan teknologi perisian yang maju. Kebanyakkan projek dan produk yang dihasilkan mengandungi pembangunan yang berjaya dan perlaksanaan alat aplikasi pembangunan dan system untuk system client-server untuk urusan bank, insuran, embedded systems, pengeluaran, system rangkaian, pengeluaran elektronik, integrated circuit testing, defense dan instrumentation.

Dave mempunyai jawatan dalam akademik dalam Engineering and Schools of Business and Computer Science. Dave juga memegang jawatan sebagai penyelidik professional di Carleton University dimana sebelum ini beliau merupakan pengarah bagi Object-Oriented Research Group. Dave secara meluasnya menyiarkan rujukan dalam kejuruteraan perisian. Beliar berkhidmat dengan OOPSLA dna ECOOP program kumpulan perunding sejak 12 tahun lepas.

Dave telah menubuhkan, bekas CEO dan pengurus bagi Object Technology Internation Inc. OTI merupakan sebuah syarikat perisian teknologi dan virtual company model.

Dave banyak terlibat dalam perbincangan and ucapan. Satu ucapan yang disampaikan oleh beliau ialah Agile In The Large - Large Scale Product and Application Development, Software Practice Advancement 2007, Cambridge UK, March 24 -28.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai diri beliau atau penyelidikan yang dijalankan oleh beliau boleh emailkan kepada info@devethomas.net.

Sunday, March 04, 2007

PERGI

Biarkan ia pergi
andai datangnya mengundang derita
biarkan ia pergi
andai datangnya mengundang keresahan
biarkan ia pergi
jika itu yg terbaik
buat tika ini
suatu yg baru akan datang
andai ia pergi

Saturday, February 24, 2007


wajah-wajah yg sama2 berjuang di KUKTEM
"SAY NO TO HE"

Kadang-Kadang

Adakalanya...kita buat org benci kita
Adakalanya...kita buat org elakkan diri dr kita
jika itu yg terbaik...supaya makin jauh semuanya
mulai saat ni...adakalanya kita akan elakkan diri terus dari dia

Friday, February 23, 2007



Sedapnya kek....nak pergi tak tahu, takda kawan dapat tgk kek pun jadilah, tapi kalau ada org ajak mesti gi nyer

tua mengajar kita erti kehidupan dan kematangan...

Wednesday, February 21, 2007

Cinta dan Cita

Cinta perkataan indah dan manis yang menyembunyikan keperitan dan kepahitan.
Tanpa angan-angan tiada cita2,tetapi tanpa usaha cita-cita takkan jadi nyata.
Tunjangkan kesahmu ke dada SOLAT,Himpunkan keperitanmu di genggaman DOA,Tutupi kekecewaanmu dengan TAKWA,Nilaikan kesucian hati melalui CERMIN KEIKHLASAN
~mmg pedih bercinta jika tidak ada keikhlasan dan kesefahaman. jika hanya sebelah pihak saja maka cinta itu tidak bermakna tapi jika ia difaham dan dihayati oleh mereka yang terlibat maka cinta itu sesuatu yang menarik....cinta kepada manusia banyaknya mengundang keperitan dan kepahitan maka CINTALAH KEPADA YANG SATU, ia kekal selamanya... tetapi tidak salah kita menanam cita-cita untuk bercinta tapi tidak bolehlah hanya berangan-angan tanpa berusaha. namun usaha saja tidak cukup jika tidak diiringi dengan DOA. InsyaAllah Cinta dan CIta akan sama-sama hadir bila kita betul-betul bersedia utk hadapinya.

Pengangguran

Kadar pengangguran di Kelantan yang mencapai 3.3 peratus berpunca daripada kegagalan dasar Kerajaan Pas membawa pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan khususnya untuk generasi muda.

Bagi membantu menangani masalah itu, Jabatan Tenaga Kerja Kelantan akan mengadakan karnival ?Sure Kerja? siri kedua di sini pada 1 Disember itu membabitkan pelbagai majikan yang diharap menawarkan pekerjaan kepada belia menganggur.

Setakat ini kementeriannya mengadakan karnival `Sure Kerja' di sembilan tempat di seluruh negara dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada lebih 20,000 belia menganggur

Monday, February 19, 2007

Inspiration

"Nothing in the world can take the place of persistence.
Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men
with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a
proverb. Education will not; the world is full of educated
derelicts."
--Calvin Coolidge


"Do a little more each day than you think you possibly can."
--Lowell Thomas


"There is always room at the top."
--Daniel Webster


"Winners never quit and quitters never win."
--Vince Lombardi


"Success ... seems to be connected with action. Successful men
keep moving. They make mistakes, but they don't quit."
--Conrad Hilton

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

Senyum Seindah Suria



Andai aku juga mampu tersenyum spt budak kecik ni kan bagus..tak perlua fikir ttg masalah

alangkah bagusnya kalau masa boleh diputar ke 10 thn lepas....alangkah bestnya...

Bermula Dari Kejatuhan

Hari ini bermula semula dari kejatuhan yang lepas
Hari ini bermula semula dari kesedihan yang lalu
Hari ini bermula semula segala kegemiraan
Hari ini aku harus bangun dari tidur yang lena